Friday, June 25, 2010

kisah WC dan artis

salam..
baru balik main snuker + tgk match Italy..
game yg membosankn.. agak kaciwa bila kalah..
memang aku xsokong Italy, tp aku target dpt ke suku akhir..
pape pon, nsb Italy dah jd mcm France, tp Italy lg bernsb baik sbb bnyk jaringkn gol..
kpd penyokong Italy, jgn terlalu kaciwa + sedih..beralihlah pula utk menyokong Argentina..
yeah!!

esok aku kena outstation kat luar utk satu minggu.. ceh kerja part time pon ada outstation jugak, haha mebi xbwk laptop n xdpt lg nk berFB n berblog.. lps tu kelas dah start, xsmpt la nk enjoy...

diharap anda semua tdk bersedih dgn ketiadaanku.. kalau sedih2, tgklah video klip ni sbgai pengubat rindu. aku pon xtaw nape lagu ni ramai yg minat. aku xminat pon. shahir pon aku baru je knal dlm beberapa hari ni.tp aku je yg knal aku, dia xknl aku pon. kalau dia knl aku, dah lama kot dia mintak berduet ngn aku, hoho

pape pon shahir, tahniah atas kejayaan kau. sbnrnya aku lbh suka kau bersama Saujana. tp nk bwt cmne kn, dharap dgn imej baik ko tu ko dapat mengubah serta berdakwah kpd artis2 kat m'sia ni.

kebahagiaan dalam perpisahan

Thursday, June 24, 2010

ini cerita ayam

part time job; seludup ayam

inilah xtvt aku masa balik bercuti kat kampung aritu. seludup ayam + kacuk ayam + ternak ayam. ayam2 ini aku dpt secara halal tau. aku beli 3 ekor ayam, tp aku beli dgn duit kawan aku. maknanya itu ayam kawan aku la. tp aku nak pinjam kejap ayam dia tu, nak jdkan ayam aku kjp. sekejap aje.

akceli ni ayam hutan. tp lepas kacuk dgn ayam kampung selama 3 generasi, so jadilah ayam "kamtan". ayam kamtam (ini istilah yg aku reka je) ni aku bawak gi KL, nak kacuk ngn ayam bandar lak. lepas ni akan jd ayam "kambantan".. bez x nama tu?

inilah dia ayam yg aku seludup bawak gi KL. ada 3 ekor sumenya. ayam2 ini aku jaga dgn penuh kasih sayang. aku bg mereka makan roti yg bersalut mentega dengan air tuak yg dibeli kat tepi jalan.
air tuak yg berharga RM2. agak mahal kn. tapi demi ayam yg aku sayangi, RM2 tu xberkiralah sgt.

aku plan nak membiakkan ayam2 ini di bandar, skg ni ayam2 bandar sukar utk dijumpai. amat rugilah kalau binatang ini kepupusan. lagi satu, aku nak try bwt research tentang kacukan 3 jenis ayam ni. ayam bandar, ayam kampung dan ayam hutan. manalah tahu kot2 research aku ni akn menghasilkan result yg amat luar biasa, blh membuatkn daging ayam yg lebih lembut dan enak. so aku dpt menkormersialkn ayam aku ni. blh jd jutawan taw.

masa dlm perjalanan, tetiba hujan turun dgn lebatnya. so terpaksalah tutup tingkap n pasang aircond. tgh bez hirup udara aircond, tetiba bau sumthing yg kurang menyenangkn. sape pulak yg kentut ni. kami 3 org berpandangan sesama sendiri.masing2 xnk ngaku. "aku sumpah, bukan aku yg kentut", aku bermonolog dlm hati. xleh cakap kuat2, nt kena aim.

then member aku ckp ni mesti ayam aku yg berak.cis, xdpt bezakn ke bau kentut dgn tahi ayam?! nak salahkn ayam aku ni jugak. xpe2, sabar ye syg. tp mebi betul jugak, aku kn bg mkn ayam tu roti mentega n air tuak, so mungkin bau tahi pon lain la.

selang beberapa minit kemudian, sekali lg bau kurang enak kuhidu. ni baru betul2 bau tahi ayam. nah, padan muka korang n muka aku jugak. pandai2 je tuduh ayam aku berak td, skg hidulah bau tahi ayam yg betul2 ni.
mungkin juga burung ini yg kentut.

khas utk anda yg cinta kepada ayam, terimalah video klip ini...

p/s; ayam dlm cerita di atas merupakan ayam kwn aku, bukan ayam aku. aku xde kena mengena dengan ayam tersebut

Wednesday, June 23, 2010

bravo Arg

awal2 pagi dah bangun sebab mimpi indah semalam..
nak sambung citer pasal bola lg..
match semalam la..

france v south africa

dua2 team ni aku xminat, lbh2 lg france. tp utk match ni aku sokong africa. wpun aku rasa dua2 team ni xkn layak ke pusingan kedua, tp kemenangn amat penting bg team ni utk menebus maruah, lbh2 lg france yg masih blm menjaringkn gol utk world cup ini. spt yg aku jangkakn, africa menang. sama situasi yg berlaku pd WC 2002, ketika mana france tewas 0-2 kpd Denmark dlm aksi terakhir kump. serius, game france amat mengecewakn.
aku tgk game ni sambil main snuker. nk jimat masa katakn, blh bwt 2 keje dlm satu masa. masa itu kan emas, haha lepas ni nak try tgk worldcup sambil men futsal pulak. blh ke camtu?haha

satu lg game pd masa yg sama ialah Uruguay v Mexico. aku xtgk match ni.

next game ialah kul 2.30 pg, team fav aku iaitu Argentina v Greece.

sblm tu xtaw nk lepak mana, saje jalan2 g i-city. tgk2 kat sana ada skrin besar, org pulak xbrapa ramai.then aku lepakla situ, smbil mkn burger. n dah jumpa port utk final Worldcup nt.

puas ati tgk Arg main, wpun xturunkn beberapa pemain utama. n aku yakin percaturan maradona ini akn membawa arg ke final.paling teruja bila tgk Palermo jaringkn gol ke-2, sampai mengalir air mata dia.


aku suka tgk gelagat Maradona kat tepi padang. Dia suka cium @ kucup pemainnya.

Tuesday, June 22, 2010

bertemu cinta di I-City

Petang yg hening.

Aku lihat segerombolan ‘kuda terbang’ berpusing2 di udara, sambil menari2 dan bernyanyi dengan bahasa yg aku xfahami. Kemudian ‘kuda terbang’ tu turun kat tengah2 padang, n dgn tetiba terus jd patung. Aku terus berlari mendapatkn ‘kuda terbang’ td. Anehnya hanya aku sorang je yg berlari. Org di sekeliling buat xtaw saja, seperti xnmpak peristiwa aneh yg baru saja berlaku td. Then barulah aku teringat bahawa aku mempunyai kelebihan yg tdk terdpt pd org lain. Aku mempunyai mata Sherigam yg membolehkan aku melihat aktiviti paranormal ini. dgn kata lain, mataku ini berfungsi seperti ‘matamatik’.

Aku mendekati ‘kuda terbang’ yg telah bertukar menjadi patung itu. aku terdengar seakan2 mereka (patung tersebut) meminta pertolongn dariku. Aku berbicara dgn mereka, mereka sebenarnya hidup bahagia di angkasaraya, tetapi telah berlaku peristiwa luar biasa yg menyebabkn mereka dihantar ke bumi dan di sumpah utk menjadi patung. Aku begitu kasihan mendengar kisah mereka,tetapi apakan dayaku, aku hanya mampu utk menjadi pendengar yg setia. Utk menghilangkn kesedihan mereka, aku menepuk2 dan mengusap2 kepala dan belakang mereka. Tetiba aje aku terdengar bunyi wisel yg pnjang. Tergezut sekejap. Then aku usap balik, n wisel itu pun turut berbunyi. Pelik.


akhirnya ‘kuda terbang’ tersebut redha utk menjadi patung di situ. Sekurang2nya mereka gembira kerana berjaya menghiburkn hati org ramai kerana mereka telah dihias dgn cantik. Disebabkn ramai yg memuji kecantikan mereka, maka mereka kena hukum lg dan bertukar menjadi monumen peninggalan sejarah. Mereka kena mewakilli askar British yg telah terbunuh semasa pertempurn dgn askar melayu dulu. Ini adalah hukuman yg paling berat. Mereka menangis lg. aku mengusap dan membelai mereka, tetapi setiap kali menyentuh mereka, akn kedengaran wisel yg begitu lantang.

****************************

Malam yg tenang.

Aku kembali pd waktu mlm. Aku lihat begitu ramai manusia yg memuji mereka. Mereka betul2 cantik mlm ini. Tetiba aje aku rasa dah jatuh cinta kat mereka. Cinta pandang pertama. Aku cuba mencelah dlm jutaan manusia itu, tetapi xmampu utk menghampiri mereka. Aku berasa iri hati dan kecewa.

Disebabkan terlalu kecewa, aku tdk ingin bergambar bersama mereka. Aku suh je kawan2 aku yg bergmbar. Pd masa ni, aku telah berlari jauh membawa hati yg duka lara.

Tetiba aje aku terdengar suara perempuan dok mengorat aku. Aku mencari suara itu. amat merdu. Rupa2nya suara perempuan tu datangnya dari patung Angsa ini. dia seperti memahami yg aku tengah bersedih skrg. Dia ckp yg dia baru jer kehilangn kekasih hatinya. Bf lamanya telah membunuh diri kerana xsanggup melihat dirinya di ‘ngorat’ dan di ‘cumbu’ oleh lelaki lain. Oleh kerana terlalu sedih akibat kematian bf nya, dia telah meminta utk disumpah menjadi patung Angsa ini. aku sedih mendengar citer tersebut.

Perempuan itu menangis teresak2.dia begitu menyesal kerana meminta disumpah menjadi patung Angsa. Dia menyangka bahawa tdk ada org yg lebih hensem dari bf nya dulu. Tetapi setelah ternampak aku, sangkaan itu meleset sama sekali. Dengan hati yg ikhlas, dia telah meminta agar aku menjadi kekasih barunya. Tetapi apakan daya, aku xblh bercinta dgn sebuah patung Angsa. Perempuan itu berkata lg, dirinya blh berubah menjadi manusia semula jika ada lelaki yg mengucupnya selama 1 jam.

dengan hati yg berat, aku mengucup patung ini dengan penuh perasaan. Tetapi setiap kali aku memegang badan Angsa ini, kedengaran tiupan wisel yg begitu kuat. Cmne nk kucup selama 1 jam ni, sentuh 30 saat pun dah bunyi wisel.

Inikah rupa pak guard yg asyik meniup wisel itu? adakah dia cemburu melihat kemesraan aku dgn patung Angsa td? Apakah pak guard ini mempunyai perasaan cinta kat patung2 tersebut, tetapi cintanya x dibalas, maka dia pon akn terus meniup wisel agar org lain pon xdpt utk menyentuh patung itu.

tips kesihatan badan

Anda sakit? Mempunyai masalah kegemukan? Ataupun mempunyai masalah kekurusan? Ataupun dgn ringkasnya anda ada masalah kesihatan? Disini ada beberapa cabaran dan halangan yg perlu ditempuhi utk mengenalpasti masalah dan apa yg perlu dilakukn utk menjaga kesihatn badan. Tips pnjagaan kesihatan ini diambil dari sebuah pamphlet dari sebuah syarikat yg menjual produk serta makanan kesihatan.

Cabaran pertama; SPOT THE NOT’S


anda hanya perlu mencari perkataan yg telah diberikan di dalam kotak yg mempunyai alphabet ini. ianya tdklah sukar, anda hanya perlu focus kpd huruf tertentu saja. Apabila jumpa perkatan tersebut, terus highlight. Cabaran ini juga utk menguji ketajaman otak dan mata anda. Biasanya kanak2 pra sekolah dan budak tadika amat mahir dgn cbrn ini. org yg sudah berumur tdk mampu menandingi mereka kerana mempunyai masalah mata yg sudah rabun.

Antara perkataan yg diberi dan disuruh cari dlm alphabet ini adalah nama2 penyakit yg tdk semua org tahu. Antara nama penyakit tersebut ialah Dark circles, Sinus, Rashes, Body odour, insomnia, Constipation, Eczema, Overweight, fever, acne, tired, headache, joint pain, allergy dan bloating . apabila anda berjaya mencari perkataan yg diberi itu, maka anda diminta utk mengenalpasti penyakit manakah yg anda hidapi. Ini akan memberi masalah kpd mereka yg tdk fhm nama2 istilah tersebut. Justeru, anda diminta utk melantik @ mengupah seorg doktor ataupun mereka yg mahir dlm bidang ini utk menerangkn tentang penyakit tersebut.

Setelah anda mengenalpasti penyakit yg anda hidapi, jikalau anda mempunyai 5 drpd senarai terebut, maka anda diminta utk berjaga2. Kalau xnk g klinik, maka belilah vitamin @ ubat yg dijual oleh syarikat ini.

Cabaran kedua; WHO’S THE BEST DOCTOR IN TOWN?


utk cabaran kedua ini, anda diminta mengisi teka silang-kata yg tdklah begitu susah, andainya anda seorg doctor ataupun nutritionist. Soalan2nya juga tdklah begitu susah, sy berjaya mencari jwpnnya dgn bantuan internet. Tujuan silang-kata ini adalah utk menguji pemahaman anda tentang ilmu2 kesihatan. Amat susah hendah faham jikalau anda tdk belajar biologi dan kimia. Jikalau anda berjaya menyelesaikn silang-kata ini dengan tepat tanpa bantuan sesiapa, maka anda layak utk bergelar doktor terbaik.Ini sesuai dgn tajuk utk cabaran kedua ini. Ianya diiktiraf oleh syarikat ini sahaja.

Cabaran ketiga; A HEARTY ADVENTURE


cabaran ini pula amat sesuai utk student fizik. Anda hanya mencari laluan dari awal sampai ke akhirnya. Setiap laluan akan diberi makanan yg anda mesti mengambilnya, sbgai pass laluan. Anda kena pilih makanan itu samada makanan yg baik @ tdk baik utk kesihatan. Tapi anda xperlu risau, jikalau anda terpilih @pun memilih makanan yg tdk elok, maka laluan anda akan di block. Justeru, anda perlu focus kpd jalan yg tdk di’block’, maka secara automatic anda akn memilih makanan yg baik. Antara makanan baik yg dicadangkn oleh syarikat ini ialah orange, salmon, vegetables, oats, serta beberapa makanan tambahan keluaran syarikat ini.

Cabaran keempat; JOINT THE DOTS


ada dua task dlm cabaran ini. task pertama, anda dikehendaki menymbung titik2 bernombor dan berhuruf ini utk menjadikan ia sebuah gmbar rajah. Cbrn ini amat sesuai utk student Art. Tetapi kanak2 yg belum masuk tadika pun blh mencuba. Utk task kedua pula, anda diminta utk mengisi tempat kosong. Cbrn ini amat susah. Anda dicadangkn utk mencari kawan anda yg blajar tentang kedoktoran ataupun biologi ataupun nutrition utk membantu anda mnjawab soalan ini. ianya sama seperti cabaran kedua, iaitu utk menguji kefahaman anda tentang kesihatan ini.

Cabaran kelima; SET YOUR TARGET RIGHT


utk cabaran terakhir ini, anda hanya perlu mengetahui berat dan juga ketinggian anda. Kemudian anda kena kira BMI anda dengan rumus ini; (Weight/ Height x Height). Student matematik begitu pakar utk cabaran ini, tapi sy percaya mereka juga memerlukan kalkulator utk membantu mereka. Jikalau anda xmampu utk mengira, anda boleh pergi ke Giant Seksyen 18,Shah Alam dan anda hanya perlu mencari mesin dan memasukkan syiling 20 sen shj. Mesin itu akn mengeluarkn BMI anda.

Setelah mendapat nilai BMI anda, anda dpt tentukan samada anda underweight, normal, dan overweight. Jikalau anda mendapat underweight ataupun overweight, maka anda gagal dalam misi ini. anda diminta utk pergi ke cabaran pertama semula, dan mengikuti arahan yg telah diberikan. Tetapi prlu diingatkn bahawa anda perlu mengaplikasikan cabaran2 tersebut dlm kehidupan anda.

LOVE YOUR HEART. YOUR HEART DESERVE YOUR LOVE.

sukar untuk menangis?

Siapa ada masalah utk mengeluarkan airmata? Terutamanya bg mereka yg baru saja putus cinta. Jikalau tdk mengeluarkan airmata, anda tdk merasa ‘feel’ putus cinta tersebut. Jd penting utk mengeluarkn airmata setiap kali putus cinta. Tetapi sy mendapati ramai manusia di Dunia ini, terutamanya kaum Adam sukar utk mengeluarkn airmata mereka. Sy menulis (baca; berkata) begini kerana sy juga seorang lelaki yg sukar utk menangis. Berdasarkn pengalaman sy sebagai seorg lelaki, sy ingin menyelesaikn masalah ini dan mengajak anda semua menangis, terutamanya bila putus cinta. Kaum Hawa juga boleh mengikuti cara yg sy syorkan ini jikalau anda ingin menangis selama satu minggu tanpa henti. Perlu diingatkn bahawa, kebanyakan kaum Hawa ramai yg telah menangis disebabkn putus cinta, walaupun tdk menggunakan cara yg sy syorkan ini.

Apakah caranya? Ini adalah penyelesaiannya.



Alat ini direka khas utk anda yg sukar menangis. Apabila ia berpusing, ia akan mengeluarkan muzik yg akn menyebabkn hati dan perasaan anda beralun bersama2 dgn muzik dan kuasa muzik ini akan menghibakan hati anda, seterusnya kemungkinan anda akn menangis teresak2 selepas itu. perlu diingatkn bahawa anda perlu focus kepada muzik tersebut. Pada alat ini juga terdapat 4 ekor kucing yg comel, anda just bayangkn yg kucing2 comel ini adalah pakwe @ makwe anda yg baru saja berpisah.

Ketika muzik sedang bergema dan anda sedang membygkan muka kucing itu sebagai muka kekasih anda, cuba imbas kembali pengalaman suka duka dan pahit manis bersama pasangan anda. Dimulakan dengan peristiwa manis, kemudian barulah peristiwa pahit. Anda sendiri yg tentukan ‘tone’ muzik ini, samada nak speed or slow. Ketika sedang membayangkn peristiwa manis, anda blh guna kuasa sederhana, bila sampai klimaks anda pecutkn kuasa itu, dan bila sampai peristiwa pahit, anda perlahankn kuasa tersebut. Di plot inilah airmata anda akan keguguran satu persatu.

Dulunya alat ini mempunyai kuasa auto, yg mana ia akn ikut perasaan anda utk laju or slow kuasa itu. disebabkan ramai yg telah menggunakan alat ini, maka ianya telah rosak. Setelah dibaiki, ianya masih boleh berfungsi, tetapi dengan menggunakan kuasa manual. Dgn kuasa manual ini, jari andalah yg menentukan speed or slow kuasa ini. jikalau anda mempunyai banyak pengalaman bersama bekas kekasih anda, anda diminta utk membawa minyak gamat sendiri, ianya sebagai langkah berjaga2 andaikata jari anda terseliuh. Pihak penganjur hanya menyediakn alat ini saja, bahan2 perubatan tdk termasuk di dlm pakej ini.

Selain itu, alat ini juga amat sesuai utk mereka yg baru saja gagal dlm exam, baru kehilangan sebuah hanphone, baru dipukul oleh Along, baru dimarah oleh lecturer, dan juga baru menerima kekalahan dlm world cup.

Istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suahsana emosi pada manusia.Tindakan menangis telah ditakrifkan sebagai "sebuah fenomena secretomotor kompleks dicirikan oleh penumpahan air mata dari aparat airmata, tanpa kerengsaan okular struktur(WIKIPEDIA). Perlulah kita menangis utk menginsafi dosa2 silam kita, dan berubahlah utk tdk mengulangi dosa tersebut. Bangunlah pd awal pg, apabila dahi anda bertemu sejadah, menangislah sepuas2nya.

FIFA WC Official Theme Song

salam..
dah lama x update blog.. dok kat kampung.. bercuti..
tp perlawanan worldcup sentiasa aku ikut..

memang ada beberapa kejutan terutamanya dr team2 pilihan.. mujurlah ianya tdk melibatkan Argentina.. sebenarnya keputusan ini menggembirakn aku, kerana ia memudahkn Argentina utk ke final..tp ni br pusingan kedua, pusingn ketiga nt baru blh tgk team yg hebat or x, wpun dah ada team yg dah layak n dah blk balik...layan official song ni dulu


aku xnklah komen match yg dah lps ni..korang tgklah sendiri kat SOCCERNET

Tuesday, June 15, 2010

WC match

Salam 1Malaysia..
hari ni nk sambung citer pasal bola lg..
aku x g keje semalam semata2 nk tgk Belanda main, muahaha

Netherlands beat Denmark 2-0 in the opening game of Group E.
puas ati r sebab game Belanda vs denmark memang hebat. aku terhibur. tp aku xpuas ati sgt r, sebab Belanda 2 pakai jersi kaler oren, sakit mata aku dowh, dah la men tgh panas. dtambah lg ngn penyokong yg memenuhi stadium.waduh... bengkak mata gua.. permainan diorg memang teratur, aku suka tgk pemain gantian,Elia yg bnyk buat skill dan berjaya mengelirukn pihak lawan.

kalau tgk belanda, aku mesti teringat kat buah orange ni.semlm semasa aku tgk kat kedai mamak, aku order juice orange.

japan beat cameroon 1-0
pd mulanya aku xnk tgk game ni. tp xtaw la nape aku tgk jugak. permainan xseimbang. cameroon bnyk menguasai bola, tp japan yg menang.xtawla nape japan xturunkn Nakamura semlm. apala eto ni, bnyk sgt lepaskn peluang.yg pasti, japan menangis kegembiraan manakala cameroon menangis kekeciwaan. aku lak tersengih sorang2, sbbnya aku xsokong kedua2 team ni.

patutla japan menang. dia pakai kuasa. xaci la.nasib baik xruntuh stadium.semua anak-beranak ultraman turun bergabung kuasa

Italy have to settle for a 1-1 draw with Paraguay
ni game last aku tgk semalam (kul 2 pg tadi). Pd tahun 2006, aku sokong team ni dari mula, dan akhirnya diorg betul2 menang. tp utk tahun ni, aku xnmpk potensi itali utk jd juara. tp aku masih sokong team ni. n match semalam agak menarik, itali bnyk menguasai bola, tp paraguay yg sumbat gol dlu. nsb baik Daniele De Rossi brjaya mnjaringkn gol penyamaan utk menyelamatkn maruah Itali. dan aku xsabar nk tgk aksi Camoranesi utk game seterusnya, memang hbt dia smlm.

ramai org cakap Italy mcm Kuda Tua jer utk world cup kali ni. biasanya warga tua ni bnyk pengalaman, dah bnyk mkn garam. tp kuda ni xmakan garam.

fuh, nsb baik kelas xstart lg. dan esk aku akn pulang ke kampung, mebi xdpt on9 utk 5 hari.aku balik utk cari kekuatan n ketenangan utk diriku, ceh...


water heater kat umah aku rosak. aku masak air guna benda ni. lenkali kalau nk beli heater, beli yg ada brand ckit. xpe mahal. alah membeli menang memakai. heater yg aku pakai ni brand glo***, ada cap sirim lg. harga agak mahal, tp still xelok. gambar ini xde kena mengena dengan citer kat atas. ok gtg.

Monday, June 14, 2010

Need You Now




Lady Antebellum - Need You Now

Picture perfect memories scattered all around the floor
Reachin' for the phone 'cause I can't fight it anymore
And I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now
And I don't know how I can do without
I just need you now

Another shot of whiskey can't stop looking at the door
Wishing you'd come sweeping in the way you did before
And I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one, I'm a little drunk and I need you now
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now
And I don't know how I can do without
I just need you now

woah woaaah.

Guess I'd rather hurt than feel nothin' at all

It's a quarter after one I'm all alone and I need you now

And I said I wouldn't call but I'm a little drunk and I need you now

And I don't know how I can do without

I just need you now

I just need you now (wait)

Ooo, baby, I need you now


p/s; Ada kena mengena ngn aku x lagu ni? ataupun ada kena mengena ngn korang? xkisahla ada kaitan ngn sape pun, ngn makcik korang ke, pakcik korang ke, aku peduli apa. aku suka dgr lagu ni. ada org suh aku dengar. aku post jela dlm blog aku ni.so aku credit jela untuk si dia yg suh dengar tu.. kalau dia baca blog aku ni, musti dia dah blushed. haha

rempit vs jpj

yg ni lawak giler.. hahahaha
apa punya rempit la.. pondan ker..
yg ni bukan rempit la, tp anak mak..

"Saya mintak maaf bang, ampunkan saya bang..."



aku paling suka kat ending tu.. haha baguih betul abg jpj sakat budak tu.. kuar air mata aku ni ketawa.. wakakaka kalo aku kat tempt abg jpj tu, aku suh je budak tu nyanyi lagi siti nurhaliza.. hahahaha

pasni kalo ada sesapa kena tahan ngn polis or jpj, blh guna taktik ni..

ini citer bola

hai;tora datang lagi..
2nd entry..

skrg ni musim bola..ramai org dok gila2kn bola skrg ni, smpai diorg betul2 gile.memang gile ahh! tp diorg n termasuk aku ni xterer main bola pon, terer jd pengulas je. bola pon ada musim jugak ke? bg aku bola ni xde musim.setiap musim itu bola.(biasala peminat dan pemain bola sejati).xsemestinya kna tunggu worldcup (cawan dunia) @pun eurocup. kalau pasukan red warrior main pon aku tetap sokong. team lain sori k. espeseli selangor!! bulls***!!!

so, jadi, hmmm..
apa yg aku nak tulis (baca; cakap) di sini pasnie..
mebi kbnyknnya citer pasal bola..
sori guys.. u can never stop me..
sukati akula!! blog aku!!



utk tdk nmpak aku ni x-up-to-date @pon kampung sgt, so aku followla jugak pasal worldcup ni.fav team aku, biasalah team yg bakal brgelar juara. ARGENTINA beb! team2 lain sori r, xdnafikn memg hebat, tp sbnrnya xcukup hebat.haha

semalam (12/6) dah start match argentina ngn nigeria. sblm tu aku g upt0wn, nak beli jersi argentina. siot betul, upt0wn baru nk buka. jam baru 9mlm. haha gile betoi aku ni, biasanya upt0wn meriah kul 12. so aku simpan dlu hasrat nk beli jersi argentina tu.xbez shoping kalo xde feel. (org xramai, kdai xbnyk bukak). aku terus g cari kedai yg ada skrin besar (utk game yg melibatkn argentina je), kalau utk game selain argentina, aku lbh suka tgk result prlawanan dlm paper aje.



smpai2 kat kedai, begitu ramai (agak ramai la) manusia yg datang nk tgk bola.gile ke diorg ni, xdop tv ke kat umah. pd firasat aku, kbnykn diorg ni sokong team argentina kot, xkn nk sokong nigeria. gile apo. kecuali pak samad jiran mail pancing tu, rumahnya kat belakang rumah bidah, adik kpd timah, dekat ngn pokok besar yg berpuaka tu. tp sape bidah 2 aku xtaw. itu yg aku dpt detect la, tp xtawla ada org len yg sokong team tu.

game pon bermula.. (p/s; akceli ayat ni past perfect simple tense, aku tgh story balik ni)

dan akhirnya pengadil tiup wisel penamat..

keputusan?? sperti yg dijangka,memang yakin 200% menang. balik kerumah dgn hati yg gumbira. org lain berjalan biasa, tp aku melompat. nk btaw kat sume org yg team aku menang. pastu ada lak member htr msg, dia perli sbb sumbat 1 goal je. memang bushukk ati betul la mamat ni. xkisah la menang 1-0 @pon 30-0 pun, kalau menang dpt 3 mata je. bukannya lebih. kalau perbezaan gol aku xkisah sgt, sbb argentina akn menang sume game dlm group B tu.

kul 2pg lak, england vs usa. member aku yg msg aku td sokong england. aku xminat sgt england ni, tp sebab gerrard yg jd kapten, aku minat jugakla ckt. aku kan minat liverpool. player2 diorg pon agak trkenal kalau nk dbandingkn ngn player nigeria, ghana @pun algeria. biasal publisiti n politik. aku xnk komen bnyk sgt la pasal game ni, tp kputusannya hanya sekadar seri 1-1. padan muka member aku td. kan dah kena balik. biasala hukum karma kn. tp aku buat senyap aje, buat dunno aje. xnkla aku kenakn org ni, nt hukum karma itu dtg balik kat aku.

then awal pg ni, match jerman vs australia. aku baru je blk ni.second half aku terus balik umah. sejujurnya aku xpernah minat @ sokong jerman ni. mintak2 la team ni sampai pusingn kedua or suku je. kalo balik awal lg bagus. tp diorg menang besar td. 4-0 beb! hey, u know what, Tim Cahill was harshly sent off, there is no question dat Joachim Low's men were fully deserving. xaci la kn. 11 vs 10. xpe2, sabar2 k.bgla dorg menang awal. pepatah melayu kelantan cakap; " hero x gggadoh"..

bola pun bola la jugak taw. tp kalo dah pukul 2,3 pagi tu, jgnla lupa amik kesemptan utk tambah pahala. buatla tahajud, sekejap aje. xrugi apa2 pon. aku xcakap aku buat, tp ni aku dah tulis (baca;cakap) kat sini, kiranya dah berdakwah utk korang la.kita buat sama2 k! one more thing, sblm terlupa, td my mum ada msg, esok dah 1 rejab. jgn lupa pose tau.. (pose tu bukannya 'pose gambar', tapi 'puasa'). aku selongkar dapur umah aku, nak cari benda apa yg blh dimakan. adala kicap, minyak masak, bawang. gilo apa nk mkn benda tu. nah aku jumpa benda ni. blh la buat sahur.

makanan sahur aku..


okla, aku dah ngntuk.gtg

Sunday, June 13, 2010

Attention getter

Assalamualaikum..

hi everyone. welkom to my world
ini blog aku..
sblm ni aku dah ada blog..
tp saje2 nak buat lain..
borim..

sblm ni aku dkenali ngn nama amrinone..
nama tu still terpahat d dlm hatiku..
xkan kulupakan..
nt aku akan gunakn lg nama tu..

adakah ini satu pnjelmaan baru?
ntahlaa..
mungkin satu pembaharuan..
ye kot..
aku nak mulakan hidup baru..

dlu aku bnyk menulis tentg hidupku..
tp..
hidupku xenjoy..
aku xsuka kehidupn yg lalu..

hopefully lps ni hidupku berubah..
berubah kpd yg lebih baik..
baik dan terus baik..
bukan hanya baik utk sehari dua..
doa2kan agar berjaya..

ni 1st entry ni..
xnak tulis pnjang2..
so..
welcome again..
sknexfelloped vs ryoeiiveskxt