Tuesday, March 29, 2011

bermonolog

salam..
arini terasa nak update blog la..

apa citer yg menarik arini yer??
pg td aku ada test, alhamdulillah dpt jwb dgn sempurna
tp xtawla bpe dpt markah..
sempurna tu maksud aku, oklah dari test2 sebelum ni

pejam celik pejam celik dah nak exam rupanya
mujurlah sem ni aku ada 3 subjek je utk final..
27/4, 28/4 dan 5/5
tp subjek2 lain K.O lg ni..
proposal n presentation projek..
report mini projek spectro..
lakonan bahasa arab..
test2 yg semakin berlambak..
semua keje ni kena setle sblm study week..
arghhhhh dah mula stresssssss

biasalah pelajar kan..
tak namanya pelajar kalo xde test n asgnment kn
agk2nya bila semua ni nak berakhir..

aku sering terfikir2..
apa hala tuju hidupku sebenarnya..
jelas. aku xde objektif yg nak dicapai dlm hidup ini..
aku cuma mahu kembali pd zaman silam..
aku mahu mengubahnya dari awal..
tp xmungkin..

-hidup mesti diteruskan-

aku tgh mencari2 isteri.sape yg sudi mahukan diriku???

Wednesday, March 23, 2011

alohai dah berkulat blog ni

salam..
ish lamo benor aku xupdate blog ni... last update pd bulan 8 tahun 2010.. skg(ketika blog ini ditulis) dah akhir bulan Mac.. ish lamo bebenor tu.. aku pon lupa yg aku ni ada blog rupanya... huahuahua

kepada semua peminat, sori gua lama xupdate (ish aku ada peminat ke) hahaha biasala bro, life ni mcm ni la..nak kata sibuk pun, aku xde la sibuk sgt.. tp bnyk perkara yg dah berubah sepanjang aku tdk mengupdate blog ni... nt lenkali la aku cite, skg ni dah nak mghrib yop..hahaha

chop2..korang nak tau kisah apa ek?? kisah cinta? kisah kerjaya aku? kisah family aku? kwn2 aku? hobi aku?? rumah baruku?? apa lg??? tgklah kalau mood aku ok, n aku xlupa nak kemaskini blog ni lg, nt aku citer la. tp jgn mengharap sgt bro...

inilah yg aku bimbang masa mula2 nak jd penulis blog ni dlu.. takut xdpt nak update.. skg benda tu dah berlaku.. nsb baik la blog aku ni xramai follower kan.. tp aku pun lupa, apala obj aku masa buat buat blog ni dlu.. seingat aku aku buat blog ni sebab nak update citer pasal worldcup je masa tu.. hahaha skg aku kena cari obj lain lak.. it's take more time k!

pape pon, aku ucapkan salam kerinduan buat semua peminat aku kat luar sana..hahahaha ceehhh!!! jgn lupa add aku kat FB.. syazr_x_shamz@yahoo.com

i miss u all!!!!!!!!

Wednesday, August 18, 2010

my heart was broken

p/s; entry kali ini memang 100% emo!

assalamualaikum.. setelah lama aku tdk mengupdate blog ini, hari ini aku kembali dgn hati yg begitu berkeceramuk.kepala otak begitu serabut dgn mslh2 yg bertimbun,dan juga klajuan streamx yg begitu slowwwwww amat menyakitkn hati aku. seakan2 seperti prjlnan darahku yg begitu slow mengalir kat dlm badanku ini.

arini aku blaja tentang sikap manusia. mengenai perkara yg org suka lakukn terhadap perkara yg kita tdk jangkakan. eg; apabila kita cintakn seseorg, kita tdk pernah terfikir si dia akn membuat perkara yg amat menyakitkan hati kita. bila sudah berlaku, barulah kita terfikir bahawa perkara sedemikian tdk mustahil utk berlaku ke atas insan yg biasa seperti diriku ini. Ini hanyalah contoh yg kepala otakku fikir skrg. xde kna mengena dgn sape2 pon..

Enjoy the right, forbid the wrong. inilah falsafah hidup manusia yg perlu dhayati oleh umat manusia kat dunia ni. susah sgt ke nak jadi org baik nih? menurut ilmu philosophy, apa yg manusia lakukan hanya mereka yg layak utk menentukan baik buruknya.kdgkala, kita sebagai org biasa melihatnya sesuatu yg buruk, tetapi bg si pelaku, ianya merupakn perkara terbaik. so?? "ko jaga tepi kain ko sendirilah...!!" perlu ke ungkapan begini? memang kubur lain2, tp aku juga akn tercalit dgn dosa yg ko lakukan kalau aku xmenegur kamu.plz, nak belajar ilmu philosophy pun, biar related dgn ajaran Islam, jgn amik 100% dari barat.


It's nice to know that you were there
Thanks for acting like you cared
And making me feel like I was the only one
It's nice to know we had it all
Thanks for watching as I fall
And letting me know we were done
(My happy ending - avril)

Monday, August 9, 2010

kereta Malaysia amat bagus


belilah kereta buatan Malaysia
kalau nk tahan lasak, belilah kereta ferrari. kalau nak kereta laju, belilah proton wira.

apalah teknologi ferrari ni, kereta slow sgt, sampai kereta wira teknologi malaysia boleh 'cium bontot' dia. Memang sengaja jurutera proton buat body yg lembut, supaya dapat menyerap hentakan bila berlaku kemalangn seperti diatas. xpe kereta rosak, yg penting nyawa selamat.

kepada pelajar2 kejuruteraan automatif, andalah penentu kualiti kereta Malaysia di masa hadapan. buatlah RnD sekarang, 10-20 tahun lg kita akan mendapat hasilnya!

p/s; kalau anda kaya, belilah kereta Malaysia. Kalau anda lagi kaya, belilah kereta Malaysia juga dan sedekah kat aku yg xde kereta nih!

selamat berpuasa!

Monday, August 2, 2010

Pesanan dari en.Ikiche


Hello.. sy en.ikiche... sy adalah kekasih kpd tuan Amzar. saya selalu dipeluk oleh tuan saya ketika beliau hendak tidur. beliau tdk boleh tidur tanpa saya disisinya.

Tuan saya sekarang ni amat bz. beliau tdk ada masa utk meng'update' blognya. Dia sampaikan salam sayang kepada semua peminatnya.

Diharap semua peminat2nya tdk jeles sebab tuan sy selalu memeluk sy setiap malam. bye.
-love-

Tuesday, July 20, 2010

aku geram kat budak ni

ini gambar seorg kanak-kanak lelaki yg berumur 1 tahun 8 bulan (usia ketika gmbar ini diupload).. namanya Anas.. budak ni sgt aktif, susah nak jaga kecuali sudah berpengalaman mempunyai anak kecil (yg berpengalaman jaga anak kucing tdk termasuk). kalau nak anak yg comel camni, cepat2lah kawin dan buat anak sendiri.
sebenarnya si Anas ni telah mempunyai adik baru.cian dia xdpt nk brmanja ngn mak ayah dia, sudah kena bahagi kasih dgn adik dia (mampus aku kalo mak ayah dia baca ni). mebi terlalu sedih, dia pon tdola.waktu dia tdo ni dah dekat maghrib.tgk comel lak dia tdo camtu, aku pon terus snap gmbar dia.orang tua cakap,xelok budak tdo pd waktu maghrib ni. lg satu, kalo dia tdo pd waktu ni, mlm nt susah dia nk tdo. aku pon kacau2lah dia, nak suh dia bangun. cubit2 pipi ckt jer. masa dia menggeliat, aku snap satu lg gmbar. mebi dia marah sebab kacau dia tdo. kalau aku pun marah jugak.ni dia dah sedar, tp mata nmpak terpejam sebab flash kamera. nmpaknya skali lg dia marah aku sebab menyilaukan matanya.ni pulak gambar selepas flash kamera dioffkan. nampak muka xpuah ati, marah kat aku lg ker?? rilex r Anas, jarang2 jer nak bermain ngn anas nih..senyumlah sikit Anas, Anas kalau senyum sgt comel sebab dia ada lesung pipit kat kedua2 belah pipi.yg kecil tu jari Anas, yg besar tu pulak jari aku. sgt jauh beza. nanti lama2 jari yg kecil itu akan membesar dan menjadi seperti jariku.Anas memang tunggu waktu itu, kerana dia ingin lempang aku dgn jarinya yg besar nt. nak balas dendam sebab aku cubit dia masa dia tdo. tp Anas, bilakah itu? mungkin pd waktu itu, aku sudah tdk wujud lg di Dunia ini.

p/s; budak ini bukan anak aku, tp adalah anak sepupu aku, Abg Yie dan Kak Sue..

Monday, July 12, 2010

SPAIN HAVE WON THE WORLD CUP!

Sepanyol menepati ramalan apabila muncul juara Piala Dunia 2010 setelah menang tipis ke atas Belanda 1-0 di Stadium Soccer City di Johannesberg awal pagi ini.

Sepanyol menang dengan menewaskan skuad The Oranje, dengan jaringan tipis itu dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga masa tambahan yang penuh dramatik dengan aksi-aksi kasar dari kedua-dua pasukan.

Gol tunggal Sepanyol dijaringkan oleh pemain tengahnya yang licik Andres Iniesta pada minit ke-116 tambahan separuh masa kedua.

Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan bermain dengan corak berhati-hati.

Bagi sepuluh minit pertama, pada separuh masa pertama, Sepanyol menguasai perlawanan dengan membuat tiga percubaan ke arah pintu gol Belanda.

Pada minit ke-4, sepakan sudut dihadiahkan kepada Sepanyol diambil oleh Xavi yang kemudiannya ditanduk oleh Sergio Ramos tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg.

Selepas itu tiba giliran, David Villa pada minit ke-8, mendapat umpanan 'chip' daripada rakannya. Bagaimanapun bola tersebut jauh dari kakinya walaupun beliau sudah melepasi perangkap offside.

Sergio Ramos sekali lagi, pada minit ke-10, menerima umpanan dari sebelah kiri, berjaya menggelecek seorang pemain pertahanan Belanda.

Perlawanan menarik

Bagaimanapun, sepakan lintangnya berjaya disepak keluar oleh permain pertahanan Belanda John Heitinga.

Manakala bagi pasukan Belanda pula, mereka turut menyerang balas melalui percubaan yang 'mendebarkan' ke arah pintu gol lawan.

Dirk Kuyt, pada minit ke-7 berjaya melepaskan satu sepakan kencang dari jarak 25 meter, bagaimanapun bola tersebut ditepis keluar oleh penjaga gol Sepanyol Iker Casillas.

Pada minit ke 36, satu 'set pieces' yang menarik yang dilakukan pemain tengah Arjen Robben yang melakukan sepakan sudut yang pendek kepada seorang rakannya di sebelah kiri gol lawan.

Tetapi bola hantaran itu gagal disempurnakan dengan baik.

Robben juga mendapat peluang untuk menjaringkan gol apabila rembatannya di luar kotak penalti namun berjaya ditepis oleh Casillas pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama.

Sebelum itu, Sepanyol membuat serangan balas melalui pemain tengah Pedro Ridriguez bagi memecahkan kebuntuan, tetapi sepakannya tersasar ke kiri gol lawan.

Separuh masa pertama juga turut menyaksikan pengadil dari England Howard Webb melayangkan lima kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan ekoran kekasaran yang dilakukan.

Manakala pada separuh masa kedua pula kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk memecah kebuntuan.

Ayam tambatan

'Ayam tambatan' Belanda Robben nyaris-nyaris menjaringkan gol pembukaan apabila mendapat umpanan dari rakannya dan beliau berdepan satu lawan satu dengan Casillas gagal menjaringkan gol.

Ini kerana, sepakan 'plessing'nya pada minit ke-61, terkena kaki kanan Casillas menyebabkan bola tersebut terkeluar.

Terselamat pintu gol pasukan yang dikenali sebagai 'La Roja'.

Robben juga sekali lagi menerima umpanan daripada rakannya dan kali ini berjaya melepasi halangan 'dua kereta kebal' Sepanyol - Carles Puyol dan Gerrard Pique, tetapi Casillas sekali lagi mengecewakannya.

Sepanyol juga mendapat peluang terbaik lapan minit kemudian, apabila penyerang sensasi mereka Villa, yang mendapat bola hasil hantaran lintang, ditampan keluar oleh pertahanan Belanda.

Malah dua sepakan percuma daripada pemain tengahnya Xavi Hernandez pada minit ke-54 dan 73 juga sekadar melewati palang gol.

Pada minit ke-76, Sergio Ramos sekali lagi mendapat peluang apabila tandukannya melepasi palang gol walaupun dia tidak dicabar oleh mana-mana pemain.

Selepas itu serangan demi serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan, tetapi pertahanan masing-masing berjaya mengawal kubu mereka sehingga tamat perlawanan.

Pada masa tambahan separuh masa pertama, Sepanyol dilihat ghairah memburu gol.

Pemain gantian mereka Cesc Fabregas hampir memecah kebuntuan pada minit ke-94 apabila beliau berdepan satu lawan satu dengan Stekelenburg, bola tendangan pemain Arsenal itu terkena kaki penjaga gol.

Kad merah

Iniesta juga turut terlepas peluang pada minit ke-98 apabila enggan menolak kepada David Villa, dan ingin bergerak sendiri telah terlepas bola dari kawalannya.

Seorang lagi pemain gantian Jesus Navas turut mendapat peluang pada minit ke-110, apabila sepakannya di sebelah kiri gol, dapat diselamatkan oleh pertahanan lawan.

Namun pada separuh kedua masa tambahan, gerakan hasil gandingan Xavi-Iniesta - Torres berjaya memecah kebuntuan, apabila Iniesta yang mendapat umpanan terus sahaja melepas satu sepakan deras dan bola tersebut menerjah jaring Belanda.

Beliau yang tidak berada dalam posisi offside, mendapat lambungan bola ke dalam kotak penalti terus meluru dan merembat bola tersebut pada minit ke-116.

Kedudukan berubah menjadi 1-0 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Lebih 10 kad kuning dilayangkan dan satu kad merah dilayangkan kepada Heitinga kerana dikatakan menarik Iniesta daripada belakang.

Dengan kemenangan itu, Sepanyol merangkul kejuaraan piala dunia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu.

Malah ramalan Paul, si sotong kurita itu juga menjadi benar belaka.

'Viva Espana'

'Espagnol, c'est vrai magnifique'


catatan asal

Match Stats

Netherland

Spain

13(5)

Shots (on Goal)

19(6)

28

Fouls

19

6

Corner Kicks

8

7

Offsides

6

43%

Time of Possession

57%

8

Yellow Cards

5

1

Red Cards

0

5

Saves

5


Iniesta reacts as you'd expect him to after scoring the goal that finally broke his country's World Cup duck

Andres Iniesta scores the World Cup-winning goal.





Thomas Mueller Wins Golden Boot
The 20-year old German striker Thomas Mueller has not only won the prestigious Golden Boot award at the FIFA World Cup 2010 but he is also named as the Best Young Player. The German striker was announced as the top scorer of the world cup.

The star finished on five goals but having more assists than three other players with the same goal tally.

Mueller left behind Spain's David Villa and Wesley Sneijder of the Netherlands to win the title

Casillas Voted Best Keeper

Spain's Iker Casillas was voted the best goalkeeper after his side won the SWC trophy.


Iker Casillas Kissing Sara Carbonero


Sara: Everyone else is gone but Iker stays, Iker see how everything started and look now
Iker: What do you want me to say?
Sara: Tell me how are you? how do you feel?
Iker: It's a great moment I'm very happy. I think we deserved form beginning to the end and I just want to thank the people who always supported me, to my parents, my brother...
Sara: Nothing happens let's talk a little bit about the match...
Iker: I'm gone
Sara: Oh my gosh... then we follow ok

Alih Bahasa Versi Telenovelaa. link.

good bye Africa. no tears, no vuvuzela

Thursday, July 8, 2010

3 idiots song


kita relax dlu citer pasal bola.. layan video klip ni, lakonan diriku dgn my darling.. muahahaha

viva espana

Pasukan Sepanyol bimbingan Vicente del Bosque, menepati ramalan apabila berjasya menempah tiket terakhir untuk bertemu dengan pasukan Belanda dalam final 11 Julai ini.

Mereka berjaya menundukkan pasukan Jerman dengan jaringan tunggal oleh pemain pertahanan Sepanyol Carlos Puyol pada separuh masa kedua.

Gol itu hadir,hadir pada minit ke-73 apabila sepakan sudut yang diambil oleh Xavi ditanduk masuk oleh Puyol.

Puyol yang berada dalam kotak panelti, melompat dan menanduk kencang bola ke arah kiri gol lawan.

Tandukan tersebut gagal diselamatkan oleh penjaga gol Jerman Manuel Neuer.

Sepanyol 1 Jerman 0.

Jelas ketiadaan pemain tengah Thomas Meuller yang digantung satu perlawanan merencatkan permainan dan gerakan pasukan Jerman.

Perlawanan awal pagi tadi hampir keseluruhan dikuasai oleh pasukan Sepanyol dengan gerakan, 'counter attack' dan percubaan yang hampir-hampir menambah gol.

Permainan Jerman pula kebanyakkannya disekat oleh pemain-pemain pertahanan Sepanyol yang diketuai oleh 'kereta kebal' mereka, Gerard Pique dan Puyol sendiri.

Pada separuh masa pertama, permainan lebih banyak dikuasai oleh Sepanyol dengan beberapa kali membuat percubaan merbahaya ke pintu gol Jerman.

Pada waktu itu, mereka menguasai 57 peratus penguasaan bola dengan membuat beberapa gerakan dan hantaran menarik ke arah pintu gol Jerman.

Sekurang-kurangnya empat percubaan merbahaya dilakukan dan nyaris-nyaris Sepanyol membocorkan gawang pada minit ke-13 melalui sepakan sudut.

Sepakan tersebut diambil oleh Xavi yang membuat hantaran pendek kepada Andres Iniesta sebelum beliau menyilangkan bola yang kemudiannya ditanduk oleh Puyol.

Beliau yang berdepan dengan penjaga gol Jerman, berjaya menanduk bola itu tetapi, malangnya ia hanya melewati palang gol.

Kemudian pada minit ke-18, pemain pertahanan Sergio Ramos mendapat umpanan dari tengah, beliau yang berada di kiri pintu gol Jerman, membuat rembatan.

Bagaimanapun, beliau yang berdepan dengan seorang pemain Jerman di dalam kotak penalti, hanya membuat sepakan yang tersasar jauh di kiri gawang.

Selepas itu, pada minit ke-29 tiba giliran Xabi Alonso pula untuk membuat rembatan dari luar kotak penalti, tetapi sepakannya lemah dan tersasar di kiri gol.

Pada minit ke-46 seorang pemain Sepanyol membuat sepakan lemah yang terus ke dakapan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer.

Sebelum itu, Jerman juga turut membuat beberapa 'counter attack'. Sekurang-kurangnya dua kali serangan tersebut nyaris menghasilkan gol.

Percubaan pertama daripada Miroslav Klose pada minit ke-22, - beliau yang menggelecek beberapa pemain pertahanan lawan masuk dalam kotak penalti.

Tetapi tanpa bantuan rakan, bola itu terlepas dari kawalannya seterusnya dirampas oleh pertahanan lawan.

Pada minit ke-31, rembatan Piotr Trochowski yang menggantikan tempat Thomas Mueller membuat rembatan dari jarak 30 meter.

Tetapi ditepis keluar oleh penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas yang merebahkan badan menolak bola tersebut.

Pada minit ke-45, sebelum separuh masa pertama berakhir, pemain tengah Jerman Mesut Ozil mendapat peluang dengan berdepan satu lawan satu dengan pemain pertahanan Sepanyol dalam kotak panelti.

Bagaimanapun bola tersebut dikawalkan oleh pemain pertahanan tersebut.

Pada separuh masa kedua pula, Sepanyol bermula garang dengan dua rembatan jarak jauh dari pemain Real Madrid Xabi Alonso pada minit ke-48 dan 49.

Kedua-dua percubaan terbabit tersasar di kiri dan kanan gol lawan.

Selepas itu, Sepanyol terus menggasak kubu Jerman dengan beberapa lagi peluang yang diperolehi oleh David Villa, Andres Iniesta dan Sergio Ramos masing-masing pada minit ke- 54, 57, 62 dan 67.

Gerakan menarik hasil gandingan antara Villa- Pedro-Xavi-Iniesta hampir memecah kebuntuan apabila Iniesta hampir menjaringkan gol.

Paling bergaya apabila bola hantaran lintang Iniesta pada minit ke-57, sekadar meniti di hadapan gol Jerman tanpa dicabar oleh mana-mana pemain.

Jerman juga turut mendapat terbaik pada minit ke-68 apabila pemain gantian Toni Kroos membuat sepakan hasil hantaran lintang rakannya.

Namun sepakannya itu ditepis keluar oleh Casillas. Terselamat pintu gol Sepanyol.

Keseluruhan permainan awal pagi ini dikuasai oleh pemain Sepanyol, dan permainan Jerman pula tidak seperti dua perlawanan mereka sebelum ini sewaktu menentang Argentina dan England.

Semua sudut dan segenap posisi dikuasai oleh pemain 'La Roja', dan pemain Jerman seolah-oleh mati akal untuk menjaringkan gol.

Dengan kemenangan ini, membolehkan Sepanyol melebarkan kemenangan mereka dengan Jerman dengan tiga kali kemenangan sejak 1994 berbanding Jerman hanya sekali sahaja.

Ini bererti Jerman masih lagi gagal membalas dendam kekalahan mereka pada Euro 2008 dengan jaringan yang sama.

Bagi Sepanyol, kemenangan ini adalah detik manis dan gembira kerana terus berpeluang membawa pulang Piala Dunia dengan bertemu dengan pasukan Belanda pada 11 Julai ini dalam perlawanan akhir.

Tahniah 'La Roja',

Viva Espana!

catatan asal


mengikut statistik dlm WC kali ini, gol2 kemenangn Spain hanya 1 or 2 gol je. jelas matlamat mereka hanya utk kemenangn, bukan utk mencari banyak gol. 1-0 sudah memadai bg mereka, begitu jugak dgnku. setelah kaciwa kerana Argentina dbelasah Germany, aku memang mengharapkn kemenangn Spain ini. skurg2nya ia telah menebus kehampaanku, dan jugak menutup mulut penyokong Germany yg xseberapa ramai tu.

Puyol meraikn gol kemenangn bersama rakan2. Aku mula meminati Puyol sejak melihat match Barcelona v Real Madrid,(xingat bila lwn, tp Barca menang 1-0) kereta kebal ini begitu jitu d bhagian pertahanan.

utk final nt, aku xtaw nk sokong yg mana. kedua2 team ni aku suka, kecelaruan minda jap nk pilih team mana nih. mebi Spain, sbb Fernando Torres adalah my fav player kat Liverpool. aku jugak sudah mula menyukai Barca, so David Villa jugak akn jd fav player aku nt, selepas ketiadaan Messi. Tp pasukan Oranje terkenal dgn permainan Total Football mereka, sesuatu yg amat menakutkn bg pihak pertahanan lawan. Nak tahu apa itu Total Football, korang search sendiri la kat Google or YouTube.

selamat pulang

Ada seseorg mahu pulang ke Malaysia esok.. hoho tahniah2.. slamat kembali ke tanahair. Cintailah negara kita=P (credit to nadiey).. kepada sape2 yg nak balik ke Malaysia, aku ucapkn selamat kembali kepada kalian. Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Antara batu dan emas, yg mana lebih bernilai?

Korang balik naik apa yer? Mestilah naik kapal terbang kn, xkanlah pulak nak berenang. Ni ada 2 penerbangan percuma utk korang, blh pilih nak naik waktu siang or malam. Percuma tu bukannya xbyr, tp aku yg tolong byrkan utk korang.maknanya korang naik free la.. bez x? tp dlm mimpi jela, haha
ini penerbangan pada waktu siang. sebenarnya gambar ini diambil dlm keadaan gelap dan bantuan dari flash kamera. ini bukan kamera digital SLR.

ini pula penerbangan pada waktu malam. sebenarnya gambar ini diambil dlm keadaan gelap tanpa bantuan flash. ini juga bukan kamera digital SLR, tapi hanya Samsung SHD lens. S85 8.2 mega pixels. 5 X optical zoom.

p/s; batu garam yg bercahaya di dlm gambar di atas adalah hadiah yg diberi oleh mak angkatku.

Tp ni betul2, kalau aku kaya cam Bill Gates tu, aku pasti akn tlg korang. Klw student cam korang nk claim harga tiket kapal terbang kat aku, jgn segan silu jumpa aku. Tapi utk tiket Air Asia je la. Klw Asiana Airlines, Etihad Airways, Emirates and Cathay Pacific,sori r der, lu simpanla duit biasiswa lu tu, haha tp tlg doakn aku yer utk jd kaya, insyaAllah aku akn tlg korang =) [aku hanya mintak korang doakn kejayaan aku di Dunia dan Akhirat, xperlu doa utk jd kaya].

beznya dapat cuti kn.. bila la aku nk cuti ni.xsbr nk cuti nih, padahal kelas baru je start seminggu. n ada 14 minggu lg sblm cuti lak. lambat lg. xsbr nk abis blaja, nk keje n kawin. wow kawin =) doakan jugak agar aku cepat bertemu jodoh.